Sabtu, 10 Februari 2024

No.496 HR.BUKHORI Amal

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Amal Yang Dicintai Allah*

أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

_*Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami - seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah berkata, "Baginda sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, nescaya baginda  akan menambahkannya untukku."*_ (HR Bukhari No: 496) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Pelbagai amal soleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.

2.  Tiga amal yang paling dicintai Allah:

*a.  Solat pada waktunya* dengan kita berusaha melaksanakan kewajipan ibadat solat di awal waktu.

*b.  Berbakti kepada ibu bapa* dengan berusaha melakukan kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengembirakannya, sama ada semasa dia hidup mahupun selepas kematian mereka.

*c.  Berjihad dijalan Allah* dengan berkorban harta, diri, keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar

Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah melalui penjagaan waktu solat dengan dilaksanakan di awal waktu, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah dalam pelbagai ruang amal kebaikan.





18hb Januari  2024
06hb Rejab 1445H

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

𝗣𝗶𝗻𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗴𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮.. 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗶𝗻𝗰𝗶𝗿 𝗸𝗮𝗿𝗲𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶

وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَا...